Khamis, 8 Disember 2011

Refleksi & RPH Sains Tahun 4 ke-1

Mata Pelajaran                        : Sains
Tahun                                      : Tahun 4
Tarikh                                      : 11 April  2011          
Tema                                       : Menyiasat Alam Kehidupan
Bidang Pembelajaran              : Hidupan Dan Proses Hidup
Objektif Pembelajaran            : Memahami cara haiwan membiak
Hasil Pembelajaran                  :  Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat
                                                                                  i.            Menyatakan 2 cara haiwan membiak dengan betul
                                                                             ii.          Menyenaraikan 5 jenis haiwan membiak dengan cara bertelur dan beranak     dengan betul
                                                                                 iii.          Mengelaskan  haiwan-haiwan mengikut cara  pembiakan dengan betul
Pendekatan P & P                 : Konstruktivisme , Pembelajaran Masteri
Kaedah                                  : Perbincangan
Kemahiran Proses Sains         :  Mengelas, Berkomunikasi, Membandingkan dan membezakan.
KBKK                                  : Meramalkan, Mengelaskan, Menjana idea
Bahan, peralatan dan bahan sumber   :
a)      Gambar haiwan-haiwan
b)      Sampul surat – 3 keping
c)      Nota di slaid powerpoint
d)     Soalan kuiz di slaid powerpoint
e)      lembaran kerja – ikut aras murid ( rendah, sederhana, tinggi )
f)       kad manila – 3 keping
g)      Marker – 3 batang
h)      Gam - 3 unit
Langkah berjaga-jaga              :  - tiada -
Pengetahuan Sedia Ada          :
Murid telah mempelajari tentang haiwan boleh membiak dalam Sukatan Sains Tahun 2 iaitu dengan 2 cara pembiakan seperti beranak dan bertelur. Murid juga mengetahui ada anak haiwan seiras dengan ibunya apabila dilahirkan dan ada juga haiwan tidak seiras dengan ibunya.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan / Mencungkil Idea
( 5 minit )
Haiwan boleh membiak dengan cara beranak dan bertelur
1.      Guru menunjukkan gambar tentang seekor lembu sedang melahirkan anak lembunya dan seekor anak ayam menetas keluar dari telurnya.
2.      Guru menyoal murid.
a.    Apakah yang kamu dapat lihat dalam gambar itu?
b.   Bagaimana cara membiak bagi kedua-dua haiwan ini?
c.    Selain ini, apa haiwan lagi membiak sama dengan cara ini?
1.    Murid melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti.
2.    Murid memberi jawapan mereka.
( contoh jawapan )
a.    Gambar 1-lembu melahirkan anaknya
Gambar 2-telur ayam pecah dan berlubang, terdapat seekor anak ayam yang bulunya basah keluar dari telur itu.
b.   Lembu – beranak
Ayam - bertelur
c.    Beranak – anjing, kucing, lembu, kambing, arnab
Bertelur - itik, burung, angsa, ikan, cicak
Strategi / Teknik :
Penyoalan seluruh kelas

BBM :
Gambar 1.1
Gambar 1.2




Menstruktur/ Menstruktur Semula
( 40 minit )
Menyenaraikan haiwan membiak dengan cara beranak dan bertelur.





Mengelaskan haiwan-haiwan mengikut jenis pembiakan.


1.   Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan dan menyuruh murid menyenaraikan 5 jenis haiwan yang membiak berdasarkan pengetahuan mereka.
2.   Guru mengedarkan kad manila dan sampul surat yang mengandungi gambar-gambar haiwan kepada setiap kumpulan.
3.   Guru menyuruh murid-murid mengelaskan haiwan-haiwan mengikut cara pembiakannya.
4.   Guru menanyangkan nota di slaid powerpoint  untuk menunjukkan cara-cara pembiakan haiwan.
5.   Guru menjelaskan cara pembiakan beberapa jenis haiwan bagi mengelakkan kekeliruan mereka
6.   Guru menyuruh menyemak pengelasan keratan gambar dalam kumpulan masing-masing,
7.   Guru menyuruh setiap kumpulan mewakilkan seorang membentangkan hasil pengelasan mereka dan membuat kesimpulan.
1.     Murid menyenaraikan 5 jenis haiwan mengikut pengetahuan mereka.
2.    Murid berbincang dalam kumpulan dan mengelaskan gambar haiwan-haiwan. ( murid mengelaskan berdasarkan pengetahuan sedia ada )
3.    Murid melihat nota di slaid powerpoint yang ditayangkan dan mendengar penerangan guru.
4.    Murid menyemak pengelasan keratan gambar haiwan dalam kumpulan masing-masing ( murid memhubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru )
5.    Murid membentangkan dan membuat kesimpulan.
Strategi / Teknik :
Perbincangan dalam kumpulan

BBM :
Gambar haiwan-haiwan ,
Nota di slaid powerpoint,
Kad manila,
Sampul surat
Gam
Marker

KPS :
Mengelas
Membandingkan dan membezakan

KBKK :
Meramalkan
Mengelaskan

Nilai murni :
Berani memcuba
Bekerjasama 
Mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Tuhan


Aplikasi Idea
( 10 minit )
Mengenal pasti cara pembiakan haiwan
a)   Beranak
b)   Bertelur
1.   Guru mengedarkan latihan penilaian megikut aras murid.
2.   Guru berbincang jawapan dengan murid.
3.   Guru mengukuhkan hasil perbincangan dan memberi contoh lain.
1. Murid menyiapakan latihan penilaian.
( pembelajaran masteri )
KPS :
Berkomunikasi

KBKK :
Memhubungkaitkan
Menjana idea

BBM :
Lembaran kerja 1.1, 1.2, 1.3
Refleksi / Penutup
( 5 minit )
Haiwan membiak secara beranak dan bertelur.
1.   Guru menaksir kefahaman murid dengan memberi kuiz pendek.
2.   Guru meminta murid membuat kesimpulan.
1.    Murid melihat gambar dalam paparan slide powerpoint dan menjawab soalan kuiz.
2.    Murid membuat kesimpulan terhadap pembelajaran hari ini,.
Strategi / Teknik :
Kuiz pendek

BBM :
Soalan kuiz di slaid powerpoint

Refleksi :
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Hasil pembelajaran pada hari ini tercapai dengan sepenuhnya. Murid-murid memberi respons yang baik semasa saya mengajukan soalan-soalan kepada mereka. Murid-murid dapat menyenaraikan haiwan yang membiak dengan cara bertelur dan beranak dengan betul.
Kekuatan : Penggunaan teknologi maklumat iaitu powerpoint telah menarik minat murid. Suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan, murid-murid berseronok dengan kuiz .
Kelemahan : Kawalan kelas kurang memuaskan, suasana agak bising kerana murid-murid berebut-rebut untuk menjawab soalan kuiz.
Tindakan Susulan : Saya akan menjelaskan peraturan-peratuaran menjawab soalan kuiz terlebih dahulu kepada murid-murid sebelum memulakannya supaya keadaan kelas yang bising dapat dikawal dan dikurangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan