Isnin, 28 November 2011

Refleksi 3

Murid pada masa kini membesar dengan pelbagai latar belakang yang berbeza-beza. Dengan itu, sebagai seorang guru bahasa perlu juga mempunyai pelbagai pilihan pendekatan untuk berdepan dengan murid untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

a.       Pendekatan Induktif
Pendekatan induktif merupakan pendekatan yang digunakan dari khusus kepada umum atau dari fakta kepada kesimpulan ataupun rumusan.
Guru memulakan pengajarannya dengan memberikan contoh yang khusus tetapi mengandungi prinsip yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan , pelajar-pelajar dibimbing memikir, mengkaji , mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung di dalam contoh-contoh khusus itu , kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.
Dari segi pengajaran bahasa , pendekatan ini mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa. Pengajaran dimulakan dengan member contoh penggunaan unsure-unsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsure tersebut. Sebagai contoh , dalam pengajaran tentang ayat tunggal, guru akan memulakan pengajaran dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal. Kemudian, berpandukan contoh-contoh yang dibuat, guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.  Rajah 1.1 dibawah menunjukkan bagaimana pendekatan induktif  ini dilaksanakan.
Rajah  1.1  : Pendekatan Induktif
b.       Pendekatan Deduktif
Pendekatan ini ialah pendekatan yang digunakan dari umum kepada khusus iaitu contoh-contoh kepada fakta.
Guru memberitahu murid mengenai objektif pengajaran pada peringkat awal. Perlajar dibimbing mengingat kembali hokum , prindip, teori  atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan yang baru.
Dari segi pendekatan dalam bahasa , pendekatan ini mengutamakan penguasaan undang-undang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa. Guru-guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka dengan huraian undang-undang bahasa yang hendak diajar sebelum member contoh-contoh penggunaannya. Sebagai contoh , apabila seorang guru mengajar ayat tunggal, guru akan member takrif ayat tersebut sebelum menunjukkan contoh-contoh penggunaannya. Rajah 1.2 menunjukan bagaimana kaedah deduktif dilaksanakan.
Rajah 1.2 : Pendekatan Deduktif
c.       Pendekatan Eklektik
Pendekatan Elektif ini ialah pendekatan yang menggabungkan kedua-dua pendekatan awal yang lalu iaitu pendekatan induktif dan pendekatan deduktif.
Dalam pendekatan ini, guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuaikan mengikut kesediaan murid pada waktu itu. Rajah 1.3 dibawah menunjukkan bagaimana berlakunya pendekatan eklektif ini dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Rajah 1.3 : Pendekatan Eklektif
d.       Pendekatan Komunikatif
Pendekatan ini mengutamakan kecekapan komunikasi. Pengajaran bahasa mestilah mernagkumi kecekapan bahasa iaitu system tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi, kecekapan yang pertama membolehkan murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khalayaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.
          Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat dan sesuai dengan aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru. Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini. Kemudian murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti komunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dipilih. Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru.

Ahad, 27 November 2011

Refleksi 2


Dalam konteks pendidikan, penggunaan teknologi komputer bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Untuk merancang satu pengajaran dan pembelajaran yang lengkap dan kreatif dengan berbantukan alat komputer, bahan bercetak dan alat-alat media lain, reka bentuk pengajaran (RP) harus diambilkira.
 Dalam penyedian pengajaran dan pembelajaran saya , saya menggunakan komputer riba, LCD, gambar,  klip video dan teks ringkas. Oleh yang demikian, saya perlu memilih satu reka bentuk pengajaran untuk merancang pengajran ini. Model reka bentuk pengajaran yang saya pilih adalah model ASSURE. Saya memilih model reka bentuk pengajaran ASSURE kerana model tersebut sesuai untuk digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
 Model ASSURE merupakan sebuah model rancangan pengajaran yang berasaskan bilik darjah. Terdapat beberapa langkah penting dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Gagne (1985), pembelajaran berlaku sebagai satu proses perkembangan secara berperingkat.
 Terdapat enam langkah utama dalam model reka benuk pengajaran ASSURE iaitu: 
A - analyze learners (menganalisis pelajar)
 Bagi langkah pertama iaitu menganalisis pelajar, terdapat tiga perkara yang boleh dibuat analisis oleh guru iaitu ciri-ciri pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka serta gaya pembelajaran pelajar tersebut. Dalam proses menganalisis ciri- ciri pelajar, guru perlu mengenal pasti ciri-ciri umum yang terdapat pada seseorang murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran petempatan / daerah / kawasan, budaya dan kelas atau taraf ekonomi. Ciri-ciri umum ini boleh diperolehi semasa sesi suai kenal antara guru dengan murid pada hari pertama persekolahan dan guru daripada pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jika pelajar berasal dari satu kumpulan etnik yang sama, pemilihan bahan bolehlah berasaskan unsur budaya etnik berkenaan.
Setiap pelajar membawa pengalaman dan pengetahuan yang tertentu ke dalam bilik darjah. Ini dikenali sebagai entry point. Analisis pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid-murid dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada murid-murid. Oleh itu, guru perlu mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang dimiliki oleh murid-muridnya terlebih dahulu sebelum beralih kepada langkah yang seterusnya. Hal ini adalah bagi membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan secara konstruktivis selain membantu guru mengesan pengetahuan pelajar melalui ujian pra atau melalui soal jawab.
Gaya pembelajaran murid-murid merupakan trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Ianya merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu menguasai pembelajaran. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk persepsi. Sesuatu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi lebih berkesan.

S - state objectives (menyatakan objektif)
Bagi langkah kedua iaitu menyatakan objektif pembelajaran secara khusus, guru perlu menyatakan objektif pelajaran yang akan dicapai oleh murid dan sesuai dengan kehendak pelajar serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku pada pelajar. Objektif-objektif pembelajaran secara khusus perlu dinyatakan dengan jelas bagi memastikan aplikasi yang kan dibangunkan mempunyai hala tuju yang terpimpin serta menepati kehendak. Sebagai contoh :
i. Siapa yang hendak mencapai objektif tersebut?
ii.Apa objektif yang hendak dicapai?
iiiBagaimana objektif hendak dicapai dan berapakah ukuran tahap minimum yang hendak dicapai.
 S - select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber)
Bagi langkah ketiga iaitu memilih kaedah, media dan bahan, terdapat tiga langkah proses pemilihan yang perlu dijalankan. Pertama ialah pemilihan kaedah yang paling sesuai. Sesuatu kaedah yang sesuai perlu dipilih bersesuaian dengan ciri-ciri murid-murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua ialah format media yang dipilih. Pemilihan media adalah mengenai bentuk format media yang akan digunakan seperti gambar, foto, slaid, audio, video serta video interaktif. Pemilihan media perlulah mengambil kira kumpulan pelajar, keupayaan, objektif serta maklum balas yang akan diberi. Ketiga ialah memilih, mengubah suai atau menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
U- utilize media and materials (menggunakan media dan bahan)
Bagi langkah keempat iaitu menggunakan media dan bahan, persoalan penting adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum media dan bahan sumber boleh digunakan dalam proses pengajran dan pembelajaran. Antara langkah- langkah yang perlu dilakukan adalah seperti semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum digunakan, sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup, rancang penggunaan bahan sumber, sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan sumber agar mudah dicapai serta menggunakan bahan sumber secara optimum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

R - require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar)
Bagi langkah kelima iaitu penglibatan pelajar dalam pembelajaran, sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar. Penggunaan gambar, gambar bersiri, memasukkan beberapa soalan pengetahuan am berkaitan dengan tajuk bagi menguji tahap pengetahuan murid-murid.

Refleksi 1

Saya ditempatkan di sebuah sekolah luar bandar yang terletak di tepi sungai. Jaraknya dari bandar sejauh 17 kilometer. Sekolah ini dapat dihubungi dengan darat dan sungai. Di sekeliling sekolah ada sebuah rumah panjang dan beberapa buah rumah setinggan. Ibu bapa-ibu bapa murid kebanyakannya petani. Mereka bercucuk tanam, memelihara binatang ternakan seperti ayam, itik dan khinzir. Selain itu, sebagai pekerja kilang dan pembantu kedai. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid(SKM). Biangan murid bagi seluruh sekolah adalah 89 orang. Bilangan guru termasuk Guru besar adalah seramai 12 orang. Komposisi murid terdiri daripada kaum Iban dan Cina.
Saya adalah Guru Kelas Tahun 3. Bilangan murid kelas saya hanya 20 orang sahaja.  Terdapat 5 orang murid sahaja yang tergolong dalam murid kumpulan baik, 8 orang merupakan murid kumpulan sederhana dan 7 orang lagi murid kumpulan lemah.  4 orang murid kumpulan lemah ini telah mengikuti kelas pemulihan sejak tahun satu lagi kerana mereka masih belum menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. 
            Analisis Data Sistem Maklumat Murid(SMM) menunjukkan bahawa pendapatan keluarga adalah di antara RM350 hingga RM850 sebulan.  Purata bilangan ahli keluarga adalah 5 hingga 9 orang termasuk ibu bapa. Pendapatan per kapita purata murid-murid ini adalah di antara RM38 hingga RM170.  Hanya 5 orang sahaja murid yang pendapatan per kapita keluarganya mencecah RM170. Terdapat juga 2 orang murid dalam kelas ini yang berasal daripada keluarga ibu tunggal di mana mereka tinggal bersama dengan datuk dan nenek mereka.
            Pencapaian akademik dan kegiatan luar bagi dua orang murid yang berada dalam kumpulan baik ini sangat memuaskan. Mereka juga wakil sekolah malah wakil bahagian dalam permainan badmintan. Pencapaian akademik mereka juga berprestasi tinggi walaupun tidak hadir ke sekolah selama satu atau dua minggu kerana mewakili sekolah atau bahagaian dalam pertandingan badminton. Manakala  8 orang murid yang merupakan kumpulan sederhana, 5 orang terdiri daripada kaum Iban dan dua orang adalah campuran darah daripada kaum Iban dan Cina. Mereka merupakan kumpulan yang tidak berapa pandai membaca perkataan atau ayat dalam Bahasa Cina dengan lancar. Setiap kali guru mengaju soalan yang memerlukan mereka menjawab di hadapan kelas, kumpulan murid ini selalu akan mengambil masa yang agak lama untuk menjawab soalan serta tidak yakin dengan jawapan yang diberi. Kadang kala mereka diam diri sahaja dan tidak menjawab apa-apa. Akan tetapi, mereka tidak menghadapi masalah dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.  Kumpulan ini merupakan kumpulan yang bertingkah laku aktif sewaktu mata pelajaran Bahasa Cina, Sains dan subjek lain yang diajar dalam Bahasa Cina. Murid-murid ini sering mengganggu murid-murid lain dan tidak membuat latihan atau lembaran kerja yang diberi semasa di dalam kelas.  Kumpulan murid ini sering lupa akan diri mereka ketika berada di dalam kelas dan mula bermain selepas mereka berasa bosan dengan subjek itu. Selain itu, mereka juga tidak menghantar latihan dan tidak membuat latihan yang diberi oleh guru.
2 orang murid dalam kumpulan lemah adalah murid yang lemah dalam semua mata pelajaran kecuali Pendidikan Jasmani. 2 orang murid ini juga murid pemulihan. Murid-murid ini tidak memahami arahan yang diberi oleh guru. Jika guru memberi arahan dengan menggunakan bahasa ibunda mereka, mereka dapat mengikut aktiviti yang disuruh. Selain itu, murid-murid ini masih tidak dapat menulis nama penuhnya dengan betul. Tulisan mereka seperti cakar ayam dan selalu tidak menghantar kerja rumah. Mereka selalu menghantar lembaran kerja atau latihan kosong walaupun guru menjelaskan bagaimana hendak menjawab. Oleh itu, dua orang murid ini sering dimarahi oleh guru. Selain lemah dalam pelajaran, salah seorang murid lelaki daripada keluarga ibu tunggal, yang tinggal dengan datuk dan nenek itu selalu mengeluarkan perkataan lucah dan kesat. Dia sering membuat aksi yang tidak senonoh. Dia juga suka menunjukkan bahagian kemaluannya kepada kawan-kawannya. Dia suka melihat kekecohan kelas selepas murid-muird ketawa kepada tindakannya sedemikian.

Prestasi akademik murid-murid kelas Tahun 3 secara keseluruhannya adalah sederhana. Setiap kali diberi ujian sumatif seperti ujian pertengahan dan ujian semester, secara purata, lapan(8) atau duabelas(12) orang akan lulus dalam semua mata pelajaran. Murid-murid yang selalu mendapat kedudukan yang baik adalah daripada keluarga sederhana status ekonomi ibu bapa. Keputusan murid-murid yang lemah akan mendapat markah yang sangat rendah. Mereka adalah terdiri daripada keluarga di mana ibu bapa mereka bekerja di kilang dan pembantu kedai. Mereka tidak ada masa untuk menyelia anak-anak mereka membuat kerja rumah. Selain itu, murid-murid ini sering lupa tentang isi pelajaran yang diajar walaupun dalam jangka masa yang pendek.  Mereka tidak dapat mengingati apa yang telah dipelajari walaupun proses pengajaran dan pembelajaran baru dijalankan.