Isnin, 28 November 2011

Refleksi 3

Murid pada masa kini membesar dengan pelbagai latar belakang yang berbeza-beza. Dengan itu, sebagai seorang guru bahasa perlu juga mempunyai pelbagai pilihan pendekatan untuk berdepan dengan murid untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

a.       Pendekatan Induktif
Pendekatan induktif merupakan pendekatan yang digunakan dari khusus kepada umum atau dari fakta kepada kesimpulan ataupun rumusan.
Guru memulakan pengajarannya dengan memberikan contoh yang khusus tetapi mengandungi prinsip yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan , pelajar-pelajar dibimbing memikir, mengkaji , mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung di dalam contoh-contoh khusus itu , kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.
Dari segi pengajaran bahasa , pendekatan ini mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa. Pengajaran dimulakan dengan member contoh penggunaan unsure-unsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsure tersebut. Sebagai contoh , dalam pengajaran tentang ayat tunggal, guru akan memulakan pengajaran dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal. Kemudian, berpandukan contoh-contoh yang dibuat, guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.  Rajah 1.1 dibawah menunjukkan bagaimana pendekatan induktif  ini dilaksanakan.
Rajah  1.1  : Pendekatan Induktif
b.       Pendekatan Deduktif
Pendekatan ini ialah pendekatan yang digunakan dari umum kepada khusus iaitu contoh-contoh kepada fakta.
Guru memberitahu murid mengenai objektif pengajaran pada peringkat awal. Perlajar dibimbing mengingat kembali hokum , prindip, teori  atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan yang baru.
Dari segi pendekatan dalam bahasa , pendekatan ini mengutamakan penguasaan undang-undang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa. Guru-guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka dengan huraian undang-undang bahasa yang hendak diajar sebelum member contoh-contoh penggunaannya. Sebagai contoh , apabila seorang guru mengajar ayat tunggal, guru akan member takrif ayat tersebut sebelum menunjukkan contoh-contoh penggunaannya. Rajah 1.2 menunjukan bagaimana kaedah deduktif dilaksanakan.
Rajah 1.2 : Pendekatan Deduktif
c.       Pendekatan Eklektik
Pendekatan Elektif ini ialah pendekatan yang menggabungkan kedua-dua pendekatan awal yang lalu iaitu pendekatan induktif dan pendekatan deduktif.
Dalam pendekatan ini, guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuaikan mengikut kesediaan murid pada waktu itu. Rajah 1.3 dibawah menunjukkan bagaimana berlakunya pendekatan eklektif ini dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Rajah 1.3 : Pendekatan Eklektif
d.       Pendekatan Komunikatif
Pendekatan ini mengutamakan kecekapan komunikasi. Pengajaran bahasa mestilah mernagkumi kecekapan bahasa iaitu system tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi, kecekapan yang pertama membolehkan murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khalayaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.
          Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat dan sesuai dengan aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru. Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini. Kemudian murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti komunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dipilih. Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan