Sabtu, 3 Disember 2011

Refleksi & RPH Matematik Tahun 2 (Makropengajaran )

 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2 ( MAKROPENGAJARAN )


Mata Pelajaran                     : Matematik
Tahun                                     : Tahun 2
Bilangan Murid                     : 4 orang
Tarikh                                     : 27 Oktober  2011    
Bidang Pembelajaran         : Ruang Dan Bentuk
Tajuk                                      : Bentuk Tiga Dimensi ( 3D )
Objektif Pembelajaran        : Mengenal pasti bentuk tiga dimensi 
Hasil Pembelajaran            :  Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat
                                                                                         i.        Menamakan bentuk kubus, kuboid, sfera, piramid, silinder dan kon dengan betul dan tepat.
                                                                                           ii.        Membezakan bentuk tiga dimensi (3D) yang ada permukaan rata dan permukaan melengkung dengan betul.
 
Pendekatan P & P                  :     Konstruktivisme , Pembelajaran Masteri
Kaedah / Teknik                      :     Perbincangan
KBKK                                       :    Mengelaskan, Menjana idea, Berkomunikasi, Membanding dan     membezakan.
Nilai Murni                                :     Bekerjasama 
Bahan, peralatan dan bahan sumber :
1)    ping pong – 5 biji
2)    kotak tisu – 4 kotak
3)    set bongkah 3D – 2 set
4)    lembaran kerja
5)    slaid powerpoint
Langkah berjaga-jaga                     :  - tiada -
Pengetahuan Sedia Ada               : Murid-murid telah mempelajari nama bentuk tiga dimensi semasa belajar Matematik Tahun 1 dan mereka juga mengetahui bentuk-bentuk bagi sesuatu objek dalam kehidupan harian mereka.
Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Nota / Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan / Mencungkil Idea
( 5 minit )






Membezakan permukaan rata dan permukaan melengkung

















Mengenali sisi dan bucu
1.  Guru meminta murid memerhati apa yang dilakukan olehnya.
2.  Guru menjatuhkan ping pong dan kotak tisu ke atas meja. 
3.  Guru menanya murid :
a)  Apa yang kamu dapat lihat semasa ping pong / kotak tisu itu terjatuh ke atas meja ?
b)  Mengapakah ping pong boleh berguling ke depan, kotak tisu tidak dapat?
c)  Apa bentuk bagi ping pong /  kotak tisu ini?
d)  Cuba kamu merasa dan membuat pemerhatian pada permukaan ping pong dengan tapak tangan. Apa yang kamu rasa? Adakah permukaannya rata atau melengkung?
( diikuti dengan merasa kotak tisu )
e)  Sekarang, cuba kamu rasa bahagian yang di hujung kubus. Apa yang kamu rasa?
f)   pegang bahagian tepi kotak tisu. Cuba kamu rasa, adakah ia lurus atau bengkok? 
1.  Murid melihat apa yang dilakukan oleh guru.
2.  Murid menjawab soalan-soalan guru.
(contoh jawapan)
a)  Ping pong berguling dengan cepat  ke hadapan.
Kotak tisu tidak berguling.
b)  Ping pong boleh berguling dengan cepat kerana ia berbentuk bulat. Kotak tisu berbentuk segiempat.
c)  Ping pong berbentuk sfera. Kotak tisu berbentuk kubus.
d)  Permukaann pada ping pong licin dan melengkung. Permukaan kotak tisu licin dan rata.
e)  Tajam.
f)   Lurus
BBM :
Ping pong
Kotak tisu

Strategi / Teknik :
Penyoalan seluruh kelas

KBKK :
Membanding dan membezakan
Berkomunikasi


Menstruktur/ Menstruktur Semula
( 15 minit )
Menamakan bentuk bongkah 3D











Memperihalkan permukaan rata, permukaan melengkung, sis dan bucu bentuk 3D
1.  Guru menunjukkan bongkah 3D dan minta murid menyatakan bentuk bongkah tersebut.
2.  Guru mengagihkan murid kepada 2 kumpulan secara berpasangan.
3.  Guru memberi satu set bongkah tiga dimensi dan satu jadual kepada setiap kumpulan.
4.  Guru meminta murid membilang permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah yang dibekalkan.
5.  Guru meminta murid merekodkan hasil perbincangan mereka di dalam jadual yang diberikan.
6.  Guru menggunakan slaid powerpoint untuk menerangkan bilangan permukaan rata dan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bentuk tiga dimensi.
7.  Guru meminta murid menyemak jawapan mereka. 
1.  Murid menyatakan nama bentuk bongkah 3D yang ditunjukkan oleh guru.
2.  Murid membilang bilangan permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah.
3.  Murid merekodkan hasil dapatan mereka di dalam jadual.
4.  Murid melihat nota di slaid powerpoint yang ditunjukkan dan mendengar penerangan guru.
5.  Murid menyemak hasil perbincangan mereka tadi.
Strategi / Teknik :
Penyoalan seluruh kelas
Perbincangan

BBM :
Set bongkah 3D

Nilai Murni :
Bekerjasama

KBKK :
Mengelaskan
Aplikasi Idea
( 5 minit )
Memperihalkan permukaan rata, permukaan melengkung, sis dan bucu bentuk 3D
1.  Guru mengedarkan latihan penilaian mengikut aras murid.
2.  Guru berbincang jawapan bersama dengan murid.
1.  Murid menyiapkan latihan penilaian.
( pembelajaran masteri )
BBM:
Lembaran kerja
Refleksi / Penutup
( 5 minit )
Teka- teki
-    Menamakan bentuk 3D
1. Guru menaksir kefahaman murid dengan memberi teka-teki.
2. Guru menyatakan penerangan dan minta murid cuba meneka apa bentuk itu.

1.  Murid mendengar penerangan guru dengan teliti dan menjawab soalan teka-teki tersebut.
Strategi / Teknik
Teka -teki

 Refleksi :
  
Daripada maklum balas murid, saya dapati mereka memberi respon yang agak memuaskan terhadap soalan yang saya kemukakan pada permulaan pengajaran iaitu set induksi. Ini telah menunjukkan saya telah meransangkan minat murid dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada mereka dan menunjukkan murid dalam keadaan bersedia untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan murid dalam menjalankan aktiviti adalah aktif dan menunjukkan semangat bekerjasama dalam perbincangan menyiapkan aktiviti yang disuruh dengan baik. Aktiviti yang saya rancang telah menjurus kepada pencapaian objektif pengajaran pada hari itu.

Dengan mengimbas kembali, objektif pengajaran yang telah ditetapkan sebelum ini turut tercapai dengan 97% kerana terdapat seorang murid membuat sedikit kesilapan memperihalkan permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi bentuk tiga dimensi (3D). Murid-murid dapat menjawab lembaran kerja yang diberi dengan betul setelah disemak. 

Kekuatan dan kelemahan : Saya perlu mengawal masa yang digunakan dalam semua fasa pengajaran supaya tidak menjejaskan mana-mana aktiviti yang telah dirancang. Selain itu saya kurang memberi galakkan kepada murid yang menjawab soalan dengan betul semasa pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dirancang dapat memupuk nilai kerjasama antara murid-murid serta mengukuhkan kefahaman mereka terhadap isi pengajaran yang disampaikan. Juga tidak ketinggalan dengan bahan bantu mengajar yang menarik perhatian murid dan seterusnya meningkatkan pencapaian objektif pembelajaran pada hari itu.

Walaupun suara saya yang lantang dan jelas memudahkan murid-murid saya faham akan soalan saya dan seterusnya melibatkan diri dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Murid-murid juga memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap sesi pengajaran yang dilaksanakan. Namun begitu, saya gagal memanggil seorang demi seorang untuk mencuba menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh saya. Soalan-soalan yang diajukan adalah secara keseluruhan kelas dan tidak dapat mengesan kefahaman murid terutamanya bagi murid LINUS. Sebagai seorang guru yang efektif, saya seharusnya memanggil nama murid untuk menjawab setelah mengajukan soalan kepada murid dan lebih bertanyakan soalan yang berkaitan dengan topik untuk menguji kefahaman murid LINUS. Sekiranya murid LINUS yang dipanggil masih tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan, saya perlulah menunjukkan kesabaran dan memberi galakkan kepada murid tersebut sehingga dapat menjawab soalan yang dikemukan selain daripada menaksir kefahaman murid terhadap isi pengajaran hari itu. Lama-kelamaan keyakinan pada diri murid tersebut dapat dipupukkan sedikit demi sedikit begitu juga dengan merasai penghargaan daripada saya dalam menjawab soalan. Oleh itu, murid tersebut akan meneruskan usaha mereka untuk mencapai kejayaan.

Selain itu, kelemahan-kelemahan lain yang dapat dikenalpasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah saya telah lupa menyediakan salah satu bentuk bongkah 3D iaitu berbentuk sfera. Saya berasa cemas apabila mendapati bogkah 3D berbentuk sfera tidak ada. Jadi saya terpaksa mengubah strategi rancangan pengajaran saya dengan menggunakan ping pong menggantikan sfera. Saya juga mendapati interaksi antara murid dan guru adalah kurang memuaskan. Murid hanya menjawab soalan saya setelah diajukan kepada mereka sahaja.

Dalam p & p pada hari ini, saya telah menggunakan teknologi maklumat seperti powerpiont dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar yang canggih ini telah menarik minat murid kerana seiring dengan perkembangan dunia sekarang yang mana kapur dan papan hitam dilihat sudah ketinggalan zaman. Power Point yang ditunjukkan menarik dan bersesuaian dengan tajuk pengajaran pada hari ini serta juga dapat merangsangkan minat murid dan menggalakkan memberikan tumpuan terhadap isi pengajaran. Lembaran kerja yang disediakan kepada murid juga bersesuaian dan mengikut tahap penguasaan murid iaitu murid LINUS dan murid PERDANA.

Melalui apa yang telah diperkatakan, jika saya diberi peluang untuk mengajar tajuk ini sekali bagi kumpulan murid yang sama, saya akan lebih bersedia dengan menyediakan Power Point yang lebih menarik lagi berbanding dengan slaid powerpoint yang digunakan sekarang. Selain itu, saya akan memeriksa semua bahan bantu mengajar saya dengan terapi sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajara. Saya juga akan membuat pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar bagi menarik penglibatan murid secara aktif. Suasana pembelajaran juga akan saya wujudkan menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala dalam kelas seperti memberi senyuman atau respons yang positif kepada murid yang sudi menjawab soalan saya. Melalui cara ini barulah saya dapat membantu murid-murid dalam mencapai objektif pembelajaran secara produktif dan berkesan.

       
       


Tiada ulasan:

Catat Ulasan