Khamis, 8 Disember 2011

Refleksi & RPH Sains Tahun 4 ke-4

Mata Pelajaran                        : Sains
Tahun                                      : Tahun 4
Bilangan Murid                        : 10 orang
Tarikh                                      : 20 April 2011
Tema                                       : Menyiasat Alam Kehidupan
Bidang Pembelajaran             : Hidupan Dan Proses Hidup
Objektif Pembelajaran            : Memahami cara tumbuhan membiak.
Hasil Pembelajaran                  :  Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat
                                                                                i.            Menyatakan 6 cara tumbuhan membiak dan contohnya dengan betul.
                                                                              ii.            Memadankan tumbuhan dengan cara pembiakannya dengan betul.
Pendekatan                             : Konstruktivisme, Pembelajaran Masteri
Kaedah                                    : Perbincangan
Kemahiran Proses Sains         :  Berkomunikasi, mengelaskan, meramalkan, memerhatikan
KBKK                                     : Menjana idea, membandingkan dan membezakan, menghubungkaitkan
Bahan, peralatan dan bahan sumber   :
a)      Gambar-gambar tumbuhan
b)      Nota di slaid powerpoint
c)      Bahan maujud ( anak pokok rambutan, daun paku pakis, anak buluh, daun setawar, ubi kentang yang  sudah bercambah, batang ubi kayu )
d)     kad manila
e)      Marker
f)       blue tag
Langkah berjaga-jaga              :  berjaga-jaga semasa memegang anak buluh kerana bulunya boleh menyebabkan kulit kita berasa gatal.
Pengetahuan Sedia Ada          :
Murid telah mengenal tumbuhan boleh membiak mengikut Sukatan Sains Tahun 2. Murid tahu biji benih boleh bercambah menjadi tumbuhan. Dan kebanyakan pekerjaan ibubapa mereka adalah petani dan mereka selalu melihat ibubapa mereka menanam buah-buahan dan sayur-sayuran. 
 
            Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan / Mencungkil Idea
( 5 minit )
Menyatakan tumbuhan membiak
1.   Guru menayangkan video percambahan biji benih
2.   Guru menanya murid.
a.  Apa yang kamu nampak?
b. Apakah yang terjadi kepada biji benih itu?
c.  Apakah cara pembiakan bagi tumbuhan tersebut?
3.   Guru mencungkil idea murid tentang cara pembiakan tumbuhan yang mereka tahu.
1.   Murid melihat video yang ditayangkan oleh guru.
2.   Murid menjawab soalan guru.
Contoh jawapan:
a. Biji benih
b.   Biji benih bercambah menjadi tumbuhan baru.
c.    Biji benih
3.    Murid menyatakan cara pembiakan tumbuhan yang mereka tahu.

Contoh jawapan :
-    Biji benih, sulur, daun, keratan batang, batang bawah tanah dan spora.
 Strategi / Teknik :
Soal jawab keseluruhan kelas

KBKK
Meramalkan

KPS :
Berkomunikasi,  
Memerhatikan

BBM :
Video

Nilai murni :
Berani mencuba,
Bekerjasama
Menstruktur/ Menstruktur Semua
( 40 minit )
Meramal tumbuhan dan cara pembiakannya












Mengenal pasti cara pembiakan tumbuhan
1.   Guru mengagihkan murid kepada 2 kumpulan.
2.   Guru mengedarkan kad manila dan keratan gamabar kepada setiap kumpulan sperti bunga matahari, tebu, bunga raya, rambutan, cendawan, paku-pakis, pokok pisang, buluh, halia, ubi kentang, setawar, begonia.
3.   Guru menanyangkan powerpoint slide show untuk menunjukkan cara-cara tumbuhan membiak.
4.   Guru memberi arahan kepada murid kepada untuk bergerak ke stesen yang ditetapkan.
5.   Guru menyuruh setiap kumpulan menyemak cara pengelasan keratan gambar.
6.   Guru menyuruh membentangkan hasil pengelasan kumpulan mereka

1.    Murid membuat perbincangan dengan ahli kumpulan dan mengelaskan gambar mengikut cara pembiakan.
2.    Murid melihat side show yang ditayangkan dan mendengar penerangan guru.
3.    Murid bergerak stesen ke stesen mengikut araha guru.
a.  Stesen 1 ( biji benih )
Anak pokok rambutan

b. Stesen 2 ( spora )
Daun paku pakis



c.  Stesen 3 ( sulur )
Anak buluh

d. Stesen 4 ( daun )
Daun setawar yang sedang tumbuh anak pokok

e.  Stesen 5 (batang bawah tanah )
Ubi kentang yang sudah bercambah

f.  Stesen 6 ( keratan batang )
Batang ubi kayu

1. Murid menyemak pengelasan keratan gambar dalam kumpulan masing-masing.
2. Murid membentangkan hasil pengelasan mengikut kumpulan.

KPS:
Membuat pemerhatian,
Membanding dan membeza
Berkominikasi

KBKK:
Membandingkan dan membezakan,
Menghubungkaitkan

Nilai murni:
Minat dan bersifat ingin tahun tentang alam sekeliling,
Jujur,
Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan

BBM :
Gambar-gambar tumbuhan, kad manila, blue tag, nota di slaid powerpoint, marker, bahan maujud
Aplikasi Idea
( 10 minit )
Mengenal pasti cara pembiakan tunbuhan
1.   Biji benih
2.   Spora
3.   Sulur
4.   Daun
5.   Batang bawah tanah
6.   Keratan batang
1.      Guru mengedarkan latihan penilaian megikut aras murid.
2.      Guru berbincang jawapan dengan murid. 
3.   Guru mengukuhkan hasil perbincangan dan memberi contoh lain.

1. Murid menyiapakan latihan penilaian.
KPS :
Berkomunikasi,
Membanding dan membeza

KBKK :
Menghubungkaitkan
Menjana idea

Nilai murni:
Jujur

 BBM :
Lembaran Kerja 4.1, 4.2, 4.3 

Refleksi / Penutup
( 5 minit )
Peta minda
1.   Guru menyuruh murid melengkapakn peta minda mengenai cara pembiakan tumbuhan.
1. Murid melengkapkan peta minda mengenai 6 cara pembiakan tumbuhan.

BBM :
Peta minda

Refleksi :
Saya berasa sangat gembira kerana objektif pembelajaran pada hari ini mencapai 90%, hanya seorang murid sahaja masih memerlukan bimbingan bagi memperkukuhkan kefahaman dia tentang cara pembiakan tumbuhan.
Kekuatan : Murid-murid tertarik dengan video pencambahan benih yang ditanyangkan. Mereka juga menunjukkan sikap bekerjasama semasa menjalankan perbincangan.
Kelemahan : Kawalan kelas kurang baik, terdapat dua orang murid tidak mengikut kumpulan masing-masing untuk bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain.
Tindakan Susulan : Saya akan memberi bimbingan khas kepada murid yang belum menguasai kemahiran ini dan asingkan dua orang murid yang tidak memberi kerjasama semasa menjalankan aktiviti itu dalam kumpulan yang berlainan.


BBM : Video RPH Sains Ke-4 




Lembaran kerja 4.1 : ( untuk murid yang lemah )

Nama: _____________________  Tarikh: ________________ Tahun: ___________
Tandakan √ pada jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan. 

Tumbuhan
Cara tumbuhan membiak
Spora
Biji benih
Sulur/ anak pokok
Keratan batang
daun
Batang bawah tanah

Pokok betik








Pokok bunga raya








Pokok nanas








Halia








paku pakis








Pokok setawar











Lembaran Kerja 4.2 : ( untuk murid yang sederhana )

Nama: __________________     Tarikh: ______________   Tahun: ___________
Tandakan √ pada jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan. 

Tumbuhan
Cara tumbuhan membiak
Spora
Biji benih
Sulur/ anak pokok
Keratan batang
daun
Batang bawah tanah

Pokok betik








Pokok bunga raya








Pokok nanas








Halia








paku pakis








Pokok setawar








Pokok pisang








Pohon tebu








Pokok nangka








Lumut










Lembaran kerja 4.3 : ( untuk murid yang pandai )

Nama: __________________     Tarikh: ______________   Tahun: ___________
Kelaskan nama tumbuhan di bawah berdasarkan cara-cara pembiakan dengan betul.

Pokok Betik                    Pokok Halia                     Lumut                      Pokok Kaktus

Pokok Bunga Raya          Pokok Paku-pakis           Pokok Pisang           Ubi Kentang

Pokok Nanas                  Cendawan                        Pokok Durian           Pokok Tebu

Cara- Cara Pembiakan Tumbuhan
Biji
Spora
Sulur
Keratan Batang
Daun
Batang Bawah Tanah
















Kesimpulan : 
                       
         _________ dan __________ membiak melalui spora.
 
         _________ dan __________ membiak melalui bijih benih.

         _________ dan __________ membiak melalui keratan batang.
 
         _________ dan __________ membiak melalui keratan batang.

         _________ dan __________ membiak melalui daun.

        _________ dan __________ membiak melalui batang bawah tanah.