Khamis, 8 Disember 2011

Refleksi & RPH Sains Tahun 4 ke-2

Mata Pelajaran                        : Sains
Tahun                                      : Tahun 4
Bilangan Murid                        : 10 orang
Tarikh                                      : 13 April 2011
Tema                                       : Menyiasat Alam Kehidupan
Bidang Pembelajaran              : Hidupan Dan Proses Hidup
Objektif Pembelajaran            : Memahami kitaran hidup haiwan
Hasil Pembelajaran                  :  Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat
                                                                                i.            Menceritakan kitaran hidup haiwan yang berbeza dengan betul
                                                                              ii.            Menyusunkan kitaran hidup haiwan mengikut urutan dengan betul.
Pendekatan                             : Inkuiri
Kaedah                                    : Perbincangan  ( Inkuiri  terbimbing )
Kemahiran Proses Sains         :  Berkomunikasi, memerhati, meramalkan, mentaksirkan data
KBKK                                     : Membuat urutan, membuat kesimpulan
Bahan, peralatan dan bahan sumber :            
a)      Gambar
b)      Borang
c)      Nota di slaid powerpoint
d)     Lembaran kerja
e)      puzzle
Langkah berjaga-jaga            :  kepingan puzzle letak dengan baik kerana jika hilang satu akan menjejaskan seluruh puzzle game ini. 
Pengetahuan Sedia Ada          :
Murid telah mempelajari haiwan boleh membesar dalam Sukatan Sains Tahun 2. Murid-murid juga mengetahui kitaran hidup bagi binatang peliharaan mereka, contohnya anjing, kucing, ayam, itik dan sebagainya. Murid juga mengetahui bahawa berudu akan membesar menjadi seekor katak. Selain itu, murid-murid juga telah mempelajari cara haiwan membiak iaitu bertelur dan beranak di pembelajaran yang lepas. 


Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan / Mencungkil Idea
( 5 minit )
Haiwan boleh membesar
1.   Guru menunjukkan gambar dan menyuruh murid melihatnya dengan teliti.
2.   Guru bertanya kepada murid
a)   Apakah benda dalam gambar itu?
b)   Apakah jenis haiwan ini?
c)   Pernakh anda melihat jenis haiwan ini membesar?
d)  Bagaimana proses hidup bagi haiwan ini?
1. Murid meneliti benda dalam gambar dan memberi jawapan mereka berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.
Strategi / Teknik :
Penyoalan seluruh kelas

BBM :
Gambar 2.1

KPS :
Berkomunikasi
Memerhati



Menstruktur/ Menstruktur Semula
( 40 minit )
Haiwan boleh membesar.

Peringkat hidup haiwan
a)   2 fasa
-    Kucing
-    Anjing
b)  3 fasa
-    Ayam
-    Itik
c)   4 fasa
-    Rama-rama
-    Katak
-    Nyamuk

1.   Guru mengutarakan penyoalan utama.
a)   Apakah itu kitaran hidup?
b)   Bagaimana haiwan menjalani proses hidupnya? ( rama-rama, nyamuk, katak, ayam, angjing )
c)   Berapa fasa hidup dijalani oleh haiwan terbut?
2.   Guru mengagihkan kepada 3 kumpulan dan mengedarkan borang.
3.   Guru akan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan lain sambil memberi bimbingan dan menyoal murid.
4.   Guru menyuruh murid menstruktur semula kitaran hidup haiwan mengikut urutan yang betul.
5.   Guru memberi penerangan lebih lanjut lagi tentang kitaran hidup haiwan ( rama-rama, katak, nyamuk, ayam, kucing) dengan mengguanakan powerpoint iaitu menunjukkan gambar-gambar setiap peringkat proses hidupnya.
6.   Guru menyuruh murid membuat inferens daripada hasil perbincangan mereka.
1.    Murid memberi pandangan dan pengalaman mereka masing-masing.
2.    Murid akan berbincang dalam kumpulan tentang cara-cara haiwan menjalani proses hidupnya dan mencatakan dalam borang yang diedarkan.
3.    Murid membentangkan hasil perbincangan mereka tentang kitaran hidup haiwan dengan  urutan.
4.    Murid membuat inferens.

KPS :
Berkomunikasi
Meramalkan
Mentaksirkan data

KBKK :
Membuat urutan
Membuat inferens

BBM :
Borang
Nota di slaid powerpoint

Nilai murni :
Bekerjasama


Aplikasi Idea
( 15 minit )
Menyusun dan menyatakan peringkat proses hidup haiwan
1.   Guru mengedarkan latihan penilaian megikut aras murid.
2.   Guru berbincang jawapan dengan murid.
3.   Guru mengukuhkan hasil perbincangan dan memberi contoh lain.
1.    Murid menyiapkan latihan penilaian itu.
KBKK :
Membuat urutan

BBM :
Lembaran kerja

Refleksi / Penutup
( 5 minit )
Menyusun keratan gambar ( puzzle ) mengikut urutan proses hidup haiwan.
1.   Guru menaksir kefahaman murid dengan memberi puzzle game dengan mengadakan pertandingan antara kumpulan.
2.   Guru meminta murid membuat kesimpulan.
3.   Guru memberi kerja rumah kepada murid untuk disiapkan di rumah.
1.    Murid akan berbincang dalm kumpulan dan menyusun gambar mengikut urutan proses hidup haiwan dengan pengunaan masa yang singkat dan tepat.
2.   Murid membuat kesimpulan.
Strategi / Teknik :
Penyoalan seluruh kelas

KPS :
Berkomunikasi

KBKK :
Membuat urutan
Membuat kesimpulan

BBM :
Puzzle

Refleksi : 
Objektif pembelajaran tercapai dengan 100%. Murid-murid dapat menceritakan kitaran hidup haiwan dengan betul dan tepat.
Kekuatan : Penglibatan murid adalah sangat aktif dan lembaran kerja yang disediakan juga sangat bersesuaian dengan aras murid. 
Kelemahan : Kawalan masa dalam setiap fasa kurang baik dan menyebabkan aktiviti-aktiviti  tidak mengikut masa yang diperuntukan.
Tindakan Susulan : Saya akan mengawal masa dalam setiap fasa dengan baik supaya tidak menjejaskan mana-mana aktiviti yang dirancangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan