Khamis, 8 Disember 2011

Refleksi & RPH Sains Tahun 4 ke-3

Mata Pelajaran                        : Sains
Tahun                                      : Tahun 4
Bilangan Murid                        : 10 orang
Tarikh                                      :  18 April 2011
Tema                                       : Menyiasat Alam Kehidupan
Bidang Pembelajaran              : Hidupan Dan Proses Hidup
Objektif Pembelajaran            : Memahami tumbuhan bergerak balas terhadap           rangsangan.
Hasil Pembelajaran                  :  Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat
                                                                                i.            Memahami  tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan
                                                                              ii.            Menyatakan jenis rangsangan pada tumbuhan dengan betul
                                                                            iii.            Menyatakan bahagian tertentu tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan dengan betul
Pendekatan                             : Inkuiri  penemuan
Kaedah                                    : Eksperimen, perbincangan
Kemahiran Proses Sains         :  Berkomunikasi, memerhati, mentaksirkan data
KBKK                                     : Menjana idea, mengumpul, membuat inferens
Bahan, peralatan dan bahan sumber :            
a)      Gambar
b)      Tumbuhan digunakan untuk menjalankan eksperimen ( disediakan awal seminggu sebelum p & p )
c)      Pokok mimosa
d)     Lembahan kerja
e)      Nota di slaid powerpoint
f)       Video klip
g)      Peta minda

Langkah berjaga-jaga : Berhati-hati semasa menghampiri  mimosa kerana berduri.
Pengetahuan Sedia Ada          : 
Murid telah mengetahui benda hidup ( tumbuhan ) boleh bergerak dalam Sukatan Sains Tahun 2. Murid juga telah mempelajari tumbuhan memerlukan keperluan asas seperti air, udara dan cahaya untuk hidup. Selain itu, murid juga pernah menemui tanaman yang disebut mimosa yang daunnya menutup ketika mereka menyentuhnya dan terpesona oleh perilaku tanaman ini. Murid juga tahu bahawa daun dan batang tanaman selalui tumbuh k etas dan akarnya selalu tumbuh ke bawah.
 
Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan / Mencungkil Idea
( 5 minit )
Pokok tumbuh tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari sebagai keperluan asasnya .

Akar pokok tumbuh mendalam ke tanah untuk mendapatkan air sebagai keperluan asasnya.
1.   Guru memaparkan 2 keping gambar.
2.   Guru bertanya murid
a)   Mengapakah pokok-pokok tumbuh dengan tinggi di dalam hutan?
b)   Mengapakah akar pokok tumbuh mendalam ke dalam tanah?
1. Murid menjawab persoalan guru.

Strategi / Teknik :
Penyoalan seluruh kelas

BBM :
Gambar 3.1
Gambar 3.2
Menstruktur/ Menstruktur semula
( 40 minit )
Tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya matahari, air, graviti dan sentuhan.

Mengenal pasti bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan itu.
1.   Guru mengutarakan persoalan utama.
a)   Tumbuhan memberi respon terhadap rangsangan apa?
b)   Mengapakah tumbuhan respon terhadap rangsangan itu?
c)   Bahagian tumbuhan manakah yang memberi respon terhadap rangsangan itu?
2.   Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan untuk menjalankan aktiviti bagi menjawab persoalan tadi.
3.   Guru menyuruh murid membentangkan hasil pemerhatian mereka.
4.   Guru menyuruh murid membuat kesimpulan.
5.   Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, dikumpulkan dan diberi penerangan dengan video klip dalam kumpulan kecil.
1.    Murid menjalankan aktiviti bagi menjawab persoalan.
2.    Murid akan membuat pemerhatian dan mencatakan hasil dapatan mereka melalui aktiviti itu.
3.    Murid membentangkan hasil dapatan yang diperolehi oleh mereka.
4.    Murid membuat kesimpulan.
5.    Aktiviti pemulihan : Murid yang belum menguasai, mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil.
Strategi / Teknik : Eksperimen,
Perbincangan

KPS :
Memerhatikan
Berkomunikasi
Mentaksirkan data

KBKK :
Mengumpulkan
Membuat inferens

BBM :
Mimosa ,
Tumbuhan digunakan untuk menjalankan eksperimen  ( disediakan awal seminggu sebelum p & p )
Nilai murni :
Bekerjasama
Aplikasi Idea
( 10 minit )
Mengenal pasti bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan
1.   Guru mengedarkan latihan penilaian kepada murid.
1.    Murid berbincang dalam kumpulan bagi menjawab soalan itu.
2.    Murid membentangkan jawapan mereka.
Strategi :
Perbincangan
KPS :
Berkomunikasi
BBM :
Lembaran kerja
KBKK :
Menjana idea
Refleksi / Penutup
( 5 minit )
Peta minda
1.   Guru meminta murid membuat refleksi tentang pelajaran hari ini dan membuat kesimpulan.
2.   Guru menaksir kefahaman murid dengan melengkapkan peta minda .
1.   Murid membuat refleksi dan kesimpulan .
2.   Murid melengkapkan peta minda.
BBM :
Peta minda

Refleksi :
Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan sangat lancar, objektif pembelajaran mencapai 100%. Semua murid dapat   memahami  tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan, menyatakan jenis rangsangan pada tumbuhan dengan betul serta menyatakan bahagian tertentu tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan dengan betul. 
Kekuatan : Pemikiran murid dapat dicungkil dengan persoalan yang dikemukan kepada murid-murid. Murid-murid telah memberi respon yang sangat baik. Murid-murid lebih mudah memahami dan menguasai tumbuhan-tumbuhan bergerak balas terhadap air, cahaya matahari, graviti dan sentuhan dengan pemerhatian yang dijalankan dan tayangan video pendek itu.
Kelemahan : Daripada pemerhatian saya, saya mendapati penglibatan murid dalam hasil perbincangan adalah kurang aktif kerana murid-murid yang lemah hanya duduk diam. Mereka tidak berani memberi pendapat mereka masing-masing.
Tindakan Susulan : Saya akan memperbanyakkan persoalan kepada murid-murid supaya semua murid dalam kelas dapat  menjawab soalan-soalan yang diajukan.

BBM : Video Tumbuhan Bergerak Balas Terhadap Cahaya Matahari



BBM : Video Tumbuhan Bergerak Balas Terhadap Air Dan Graviti


BBM : Video Tumbuhan Bergerak Balas Terhadap Sentuhan 






1 ulasan: