Isnin, 17 Oktober 2011

P & P Bahasa Malaysia

Nama : KHOK SIEW CHEN

No Matrik : D20102045760

Topik: Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Malaysia Kelas Tahun 3

Tarikh                                    : 19.10.2011
Masa                                     : 0900-1000
Bilangan Pelajar                     : 20 orang (12 lelaki, 8 perempuan)
Mata Pelajaran                       : Bahasa Melayu
Tajuk Pengajaran: Tema        : Faedah Bersukan
             Mengelak Penyakit Kronik
Pengengetahuan Sedia Ada    : Murid-murid mempunyai pengetahun asas     mengenai penyakit-penyakit
Objektif Pengajaran               : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1.   Membuat penerangan secara lisan tentang gambar  dengan 75 peratus ayat yang betul.
2.   Menulis ayat tunggal 5 daripada 10 dengan betul.
3.   Mecatat 5 daripada 10 isi-isi penting dalam coretan yang   bertajuk faedah bersukan

Isi Pelajaran                            : Fokus Utama
2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang   sesuai dan tepat.
                                                Aras 2
i. Memberikan penerangan tentang sesuatu perkara yang diperoleh   dengan menggunakan ayat yang jelas.

Fokus Sampingan
9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
                                                Aras 2
 i. Mengambil imlak frasa dan ayat dengan ejaan dan tanda baca    yang betul.

9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang   didengar atau dibaca.
                                                Aras 2
 i. Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota peringatan.

Nilai-nilai Murni                    : Tolong menlong, kerjasama, kasih sayang, semangat     kekitaan , Kewarganegaraan : semangat kekitaan , tolong menolong, hormat - menghormati
Alat Bantu Mengajar              :  Komputer riba , LCD , Gambar,  Klip video,  Teks ringkas

Bahan rujukan                        : Buku Teks BM Tahun 3
                                                Buku Prinsip Teknologi Makluat OUM 
Teknologi Pengajaran  Siri Pendidikan Jarak Jauh
Langkah Keselamatan:           Murid-murid haruslah berhati-hati   
                                                mengendalikan alat-alat elektronik.

KBT : KB – Menghubungkait – menjana idea  - Memproses maklumat –
                     Menyelesaikan masalah
             KP – Verbal linguistik – intrapersonal – muzik



Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 
Catatan
Set Induksi (5 Minit)

Pengesanan maklumat  yang dipertontonkan
•  Video  klip  ‘Gaya Hidup Sihat’  
1. Guru menayangkan video klip gaya hidup sihat.
2. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai tajuk video yang      ditayangkan. 
3. Murid menceritakan pengalaman sedia ada berdasarkan  maklumat video yang ditayangkan. 
4. Guru menerangkan tajuk pengajaran dan pembelajaran hari ini.   

BBB:   Video klip, Komputer riba , LCD 

KBT:  KB
•  menghubungkait
•  Memproses
Langkah 1
( 20 minit )
Gambar
Lampiran A
  Aktiviti 1
1. Guru membahagikan kelas kepada lima kumpulan dengan setiap kumpulan mengandungi lima orang murid.
2. Guru mempamerkan gambar yang berbentuk poskad di skrin  dan        memberi salinannya kepada lima kumpulan. 
 Aktiviti 2
  1. Murid berbincang di dalam kumpulan mengenai gambar bergambar yang bertajuk “Mari bersukan”
2. Guru memanggil wakil kumpulan ke hadapan dari setiap kumpulan untuk membuat penerangan  tentang gambar yang  dengan menggunakan ayat yang betul. 
3. Guru membetulkan kesalahan ayat  yang digunakan dengan lebih      gramatis. 
PO 1
Murid dapat membuat penerangan secara lisan tentang gambar dengan 75 peratus ayat yang betul.  

BBB: gambar
KBT: 
KP- Verbal-linguistik
interpersonal 
KB- memproses        maklumat.
menghubungkait.
 Menjana idea   

Nilai:
Kerjasama
Kasih sayang 
Semangat kekitaan

Langkah 2
(15 minit)

Coretan Faedah
Bersukan 
(Lampiran B) 
Aktiviti 1
1. Guru memaparkan  coretan pelajar yang bertajuk  ‘Faedah  Bersukan’   kepada setiap  murid. 
 Aktviti 2 
1. Guru membaca coretan tersebut yang bertajuk faedah bersukan secara mekanis dengan sebutan yang betul dan jelas. 
2. Murid meneliti setiap perkataan yang dibaca oleh guru. 
3. Guru membaca ayat tunggal yang dipilih dalam petikan dan murid     menulis semula ayat yang dibaca oleh guru. 
 Aktiviti 3
1. Guru memilih murid secara rawak untuk membaca ayat yang
    ditulisnya di hadapan kelas.  
2. Guru membetulkan kesilapan ayat yang tidak sempurna.
3. Murid menyalin jawapan daripada guru. 
PO 2
Murid dapat menulis ayat tunggal 5 daripada 10 dengan betul. 

BBB: 
Teks ringkas 
KBT:
KB- menghubungkait 

menyelesaikan  masalah.
KP- verbal linguistik
Nilai:
Kerjasama 
Kasih sayang 


Langkah 3
(15 Minit)
Brosur yang bertajuk  ”Penyakit jantung.”
 (Lampiran C)
Aktiviti 1
1. Guru mengedarkan brosur berserta gambar tentang penyakit  jantung.
2. Guru membaca petikan bersama–sama murid dan menerangkan     kandungan brosur berkenaan.
Aktiviti 2
 1. Murid berbincang dengan ahli kumpulan untuk mencari isi-isi penting dalam petikan dan mencatatnya dalam peta minta.
2. Guru memanggil secara rawak setiap kumpulan untuk  membentangkan hasil kerja mereka.
3. Guru membetulkan kesalahan sistem bahasa dan jawapan yang bacakan oleh murid.
Aktiviti 3
1.   Guru memberikan jawapan yang betul.
2. Murid menulis jawapan yang betul dalam buku latihan sebagai lembaran kerja dan dihantar selepas tamat kelas. 
PO 3
Murid dapat mencatat 5 daripada 10 isi-isi penting dalam brosur yang bertajuk penyakit jantung.  
KBT:
KB- menjana idea
     - menghubungkait
KP- intrapersonal
Nilai: 
Kerjasama 
Tolong menolong






BBB
Brosur (Lampiran C)
BCB
Peta Minda 
Penutup (5 Minit)
Rumusan isi pelajaran  kognitif dan sosial.  
Lirik lagu
“Budi Bahasa Budaya Kita “
(Lampiran D) 
1. Murid dibimbing merumuskan kemahiran yang dipelajari hari ini melalui penyoalan. 
2. Guru memberi kata-kata semangat dan pujian kepada murid- murid.
3. Murid menyanyi lagu Budi Bahasa Budaya Kita bersama guru. 
BBB: lirik lagu 
Komputer riba
LCD
KP-muzik 




Lampiran A


Lampiran B
Faedah Bersukan

    Bersukan merupakan salah satu kegiatanyang penting dalam kehidupan kita . Badan yang sehat terhasil daripada kerajinan kita bersukan . Jika kita tidak bersukan ,kita akan lemakdan mudah diserang penyakit .
         Bersukan ada beraneka jenis . Antara kegiatan sukan yang popurlar ialah olahraga , renang , bolak sepak , berjoging , berjalan kaki dan sebagainya . Anggota tubuh badan kita akan menjadi cergas dan kuat dengan bersukan .
            Pada zaman siber yang semakin caggih , banyak kemudahan telah tersedia . Kemudian ini mengakibatkan orang malas untuk bersukan . Sikap ini memudaratkan diri kita . Badan kita akan menjadi lemah dan mudah terkena penyakit .
            Menerusi kegiatan sukan juga , kita dapat membentuk sifat-sifat yang mula seperti sabar , kerjasama bertolak angsur , dan semangat toleransi . Malah , dengan bersukan dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita    .
                Bersukan dapat membentuk sikap mulia seseorang insan . Bersukan juga dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial seperti inilah yang akan merosakkan diri kita terutamanya goiongan muda-madi .
                    Oleh itu , kita hendaklah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti harian kita dengan bersukan , kita akan memperoleh kehidupan yang sihat dan sejahtera . Badan yang sihat akan melahirkan otak yang cerdas.         


Lampiran C







Lampiran D
Lirik Lagu ”Budi Bahasa Budaya Kita”

Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia

Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria

c/o

Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita

Penyanyi: Zehra Zambri, Siti Nurhaliza
Ciptaan : Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) Lirik: Habsah Hassan